Anatomi tubuh Yu paus

Sebagai haiwan dan ikan yang mengamalkan etika diet bertapis atau memilih jenis makanan, secara amnya mulut haiwan ini akan lebih besar sehingga 1.5 m (4.9 ka) luas dan mempunyai kira-kira 300 hingga 350 batang gigi kecil.[6] Ia mempunyai 5 pasang insang yang besar. 2 (dua) biji mata yang terletak di hadapan, dan mempunyai keadaan / bentuk kepala yang rata. Badannnya biasanya berwarna kelabu dan perutnya putih; tiga bonjolan jelas menjalar sepanjang setiap sisi dari kulit haiwan dan ditandai dengan beberapa tompokan kuning pucat dan garis-garis. Setiap tompokan adalah unik dan istimewa untuk setiap ekor ikan kerana ia berguna untuk menentu identiti ikan dan menyeragamkan kiraan dalam populasi. Tebal kulit boleh mencapai sehingga 10 sentimeter (3.9 in) . Yu ini ini mempunyai sepasang sirip dorsal dan sirip pektoral. Ekor Juvenil adalah besar pada bahagian atas dan bawah dan ekor ikan dewasa akan menjadi bentuk semi-lunar (ekor berbentuk sabit). Ventilator pula hanya terletak di belakang mata bagi mengawal suhu badan agar kekal sejuk.

Ikan yu paus di dalam Osaka Aquarium

Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap kerana ia menggunakan seluruh badannya (perkara yang luar biasa bagi ikan) untuk mencapai purata kelajuan sekitar 5 km/h (3.1 mph). Spesimen yu paus terbesar ditangkap pada 11 November 1947, berdekatan Pulau Baba, di Karachi, Pakistan. Panjangnya 12.65 m (41.50 ka), beratnya lebih 21.5 t (47,000 lb), dan lilitannya 7 m (23.0 ka).[7]

Rujukan

WikiPedia: Yu paus http://books.google.com/?id=cxxSN4YA2i8C&lpg=PA207... http://books.google.com/?id=srUHU4SrCT4C&lpg=PT340... http://www.qatarvisitor.com/index.php?cID=430&pID=... http://wetpixel.com/i.php/full/albino-whale-shark-... http://www.youtube.com/watch?v=WTemSDz1iqI&feature... http://www.flmnh.ufl.edu/fish/Gallery/Descript/Wha... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... http://forum.ecocean.org http://elasmo-research.org/education/topics/ng_rhi...